loading...

Pernah berjasa di Lahad Datu, luahan anggota PGA ketika mengundi di Sabah

Bahang Pilihan Raya di Sabah sudah semakin terasa apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi undi awal telah dilakukan pad hari ini.

Para anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuang undi pada hari ini bagi memilih pemimpin yang bertanding di PRN tersebut.

Namun begitu, sepanjang kempen PRN tempoh hari, terdapat beberapa kontroversi antaranya berkenaan kenyataan seorang ahli politik yang menyentuh isu perjuangan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu 2013.

Sehubungan dengan itu, seorang anggota PGA yang bertugas ketika peristiwa Lahad Datu telah memuat naik gambarnya yang sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi untuk PRN.

Menurut Mujahidin Hj. Sawaijaan, jari yang dicelup dengan dakwat semasa mengundi itu merupakan jari yang telah memegang picu senjata ketika tragedi Lahad Datu.

Dia juga menyatakan bahawa jari tersebut juga yang memangkah parti yang menghargai nilai sebuah keamanan dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Sehubungan dengan muat naik tersebut, perkongsian Muhajidin itu telah mendapat perhatian warganet dengan memperoleh lebih daripada lapan ribu tanda suka dalam masa 7 jam sahaja.

Rata-rata warganet telah menyatakan rasa penghargaan mereka kepada barisan anggota keselamatan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana mempertahankan Tanah Air daripada ancaman musuh.

Sumber: Mujahidin Hj. Sawaijaan



Sumber: Pernah berjasa di Lahad Datu, luahan anggota PGA ketika mengundi di Sabah

Post a Comment

0 Comments