Seorang kanak-kanak perempuan dan adik lelakinya ditemui masih hidup di flat mereka selepas tiga hari ibu bapa mereka dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat termakan jeruk ‘beracun’.
Penemuan itu bermula selepas saudara-mara mula bimbang apabila tidak dapat menghubungi mangsa Alexander dan Viktoria Yakunin yang digambarkan sebagai pasangan sempurna.
Menurut laporan Mirror UK, mereka dikatakan tidak hadir ke pertemuan keluarga sebelum akhirnya anak perempuan mereka yang berusia lima tahun menjawab telefon.
Budak perempuan itu mengatakan bahawa bapanya 30, dan ibunya, 25, sudah lama ‘tidur’ dan ‘telah menjadi hitam’.
Budak tersebut mengambil tanggungjawab menjaga adik lelakinya yang berusia satu tahun selepas kedua ibu bapa mereka tidak bangun-bangun dari tidur.
Adik kepada Alexander iaitu Natalia Bakulina, 36, bergegas ke flat di kawasan Leningrad di Rusia dan anak saudaranya membuka pintu.
“Saya berlari… dan melihat semuanya. Saya terkejut dan menjerit…”
Apabila masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya Natalia apabila melihat kedua ibu bapa kanak-kanak malang itu sudah tidak bernyawa.
Natalia menghubungi polis dan bantuan kecemasan, kemudiannya membawa dua beradik tersebut keluar dari flat di kediaman tersebut.
Berita 78.ru melaporkan bahawa keracunan makanan dipercayai menjadi penyebab kematian pasangan itu. Pekerja kilang gas Alexander telah memberi sebotol jeruk buatan neneknya sehari sebelum hari kejadian.
Bekas itu ditemui terbuka di dapur dan dipercayai toksin botulinum adalah punca kematian. Toksin tersebut boleh menyebabkan lumpuh bahkan kematian akibat kegagalan pernafasan.
Sumber: Mirror.uk
Sumber: Dua anak kecil hairan ibu ayah tak bangun2, rupanya dah tiga hari meninggal dunia
0 Comments