Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, pasangan pelakon Zahirah MacWilson Aiman Hakim Ridza dilihat tidak sabar menanti kehadiran zuriat mereka.
Pasangan yang sangat romantis ini juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka di media sosial masing-masing sehingga mendapat pujian peminat.
Menerusi posting di InstaStory pasangan ini pada pagi tadi, mereka telah memuat naik gambar berada di dalam pesawat dengan mengucapkan selamat jalan kepada semua.
Mereka mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung.
Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.
Hal ini susulan posting daripada ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat.
Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam sebuah majlis di Petaling Jaya selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Zahirah Mcwilson, Aiman Hakim, Maslinda Yusoff
Sumber: Mahu bersama ibu ketika bersalin, Zahirah MacWilson & suami balik Australia
0 Comments