Semalam, nama selebriti popular Neelofa kembali menjadi trending di media sosial apabila mengambil keputusan untuk tampil memakai niqab.
Ternyata keputusan personaliti berusia 31 tahun itu mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang mengagumi penghijrahannya walaupun telah meraih populariti di luar negara.
Salah seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai YB Kak Mira turut berkongsikan pendapatnya mengenai Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor yang dilihat mengenepikan soal duniawi dalam mengejar tuntutan agama.
Neelofa berniqab ni maksudnya dia dah sedia untuk hilang banyak tawaran duniawi untuk lebih mendekati Allah. Power 👍🏻
— YB Kak Mira 👩🏼🦳 (@mighvv) October 15, 2020
Tambahnya lagi, pelakon drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! meniti populariti bukan sahaja dalam industri seni malah turut menjadi duta kepada beberapa produk berjenama antarabangsa
“Dia jadi duta banyak jenama kot. Jadi, dia rela untuk melepaskan sangat hebat!,” kongsinya di Twitter.
Perkongsian itu rata-rata mendapat komen yang positif warganet yang percaya pengasas Naelofar itu kini lebih menumpukan akhirat berbanding duniawi.
Terdahulu, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Dalam kenyataan ringkas yang dikongsi, beliau memohon semua pihak mendoakan dirinya lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.
Sumber: “Maksudnya Neelofa dah sedia hilang banyak tawaran duniawi..” – Netizen
0 Comments