Bahang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2020 (ABPBH) pada Jumaat lepas masih kekal terasa. Semua penerima anugerah juga telah diketahui dengan Haqiem Rusli menggondol gelaran Bintang Paling Popular tahun ini.
Pelbagai warna-warni perjalanan anugerah berprestij tersebut menjadi perbualan netizen kerana buat pertama kalinya ABPBH dilangsungkan dalam suasana sepi tanpa kehadiran penonton dan peminat setiap artis kesayangan mereka.
Selain daripada suasana yang berbeza disebabkan mematuhi standard operating procedure (SOP), fesyen-fesyen para artis yang hadir juga mencuri perhatian netizen.
Paling menjadi perbualan di media sosial ialah busana yang digayakan oleh Wany Hasrita yang seakan cotton candy menurut warganet.

Menurut Penyanyi Paling Popular ABPBH2020 ini, busana yang direka oleh Wan & Mary itu menggunakan 100 meter kain hanya pada skirtnya sahaja!

Perkara ini membuatkan para peminat di Instagram meninggalkan komen yang pelbagai atas ‘karya’ yang mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial.
Ada yang memuji penampilan Bintang Paling Popular 2018 ini terlihat sangat cantik dengan busana merah jambu dan ungu muda tersebut.
Namun begitu ada juga yang menyamakan pakaian yang digayakan seperti uniform Puteri Islam sewaktu zaman persekolahan.





Dalam ABPBH2020, Wany Hasrita telah kembali menggenggam Anugerah Penyanyi Paling Popular yang pernah dimenangi pada 2018. Dia juga turut menjadi penyampai anugerah pada ABPBH tahun ini dengan SOP yang begitu ketat.
Sumber: Wany Hasrita
Sumber: 100 meter kain digunakan untuk hasil skirt ‘cotton candy’ Wany Hasrita
0 Comments