loading...

“27 tahun dulu..” -Rizalman kongsi foto berjubah UiTM dengan 2 pangkat berbeza

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim telah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pelantikan beliau mendapat sokongan ramai terutama daripada warganet kerana menyifatkan figura fesyen berusia 49 tahun itu berkelayakan lebih-lebih lagi merupakan alumni UiTM.

Berita pelantikan beliau hanya diketahui apabila gambarnya menerima watikah pelantikan daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tular di media sosial.

Disebabkan kejayaan tersebut, Rizalman telah berkongsi gambarnya memakai jubah konvokesyen pada tahun 1993 sempena hari graduasi.

Beliau turut menyertakan sekali gambarnya kembali menyarung jubah UiTM pada tahun 2020 sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah pula.

Pastinya perkongsian tersebut mendapat pelbagai maklum balas positif warganet yang rata-rata memuji penampilan beliau yang tetap sama seperti dahulu.

Menurut mereka, wajah Rizalman pada tahun 1993 hampir tiada perubahan walaupun sudah 27 tahun berlalu.

Terdahulu, beliau dilantik menjadi Alhli Lembaga Pengarah UiTM pada 16 Oktober 2020 bagi menggantikan usahawan tudung jenama terkenal, Vivy Yusof yang telah tamat kontrak pada Oktober lalu.

Sumber: Rizalman Ibrahim



Sumber: “27 tahun dulu..” -Rizalman kongsi foto berjubah UiTM dengan 2 pangkat berbeza

Post a Comment

0 Comments