loading...

10 tahun tanpa bapa, anak Din Beramboi tetap ucap ‘selamat hari lahir’

Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi merupakan salah seorang pelawak terkenal yang pernah mewarnai lensa hiburan tanah air ketika dahulu.

Memiliki bakat yang serba boleh, dia yang juga seorang pelakon, penyampai radio, pengacara televisyen dan penyanyi telah meninggal dunia pada April 2010 lalu akibat demam denggi.

Keadaan tersebut telah mengejutkan orang ramai terutama peminatnya yang berasa hiba dengan berita pemergian pelawak terbabit.

Semalam, tular sebuah posting yang dikongsi oleh anak perempuan arwah dikenali sebagai Ain yang memberi ucapan selamat hari lahir buat bapanya yang ke-54 tahun di laman sosial Twitter miliknya.

“Happy birthday papa,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagai rindu yang tiada berpenghujung, begitulah perasaan yang dirasai gadis berkenaan setelah 10 tahun ketiadaan bapa tersayang.

Meninjau ke ruangan komen posting itu, rata-rata warganet berasa sebak selain turut meninggalkan komen-komen positif dengan memberi semangat kepada Ain.

Malah terdapat juga individu juga yang mengimbau kembali kenangan lama dan gelak ketawa sewaktu hayat Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga orang anak iaitu Nil Aina Adibah, Mior Shafiq, dan Nir Aina Syuhada.

Walaupun Din Beramboi telah lama pergi meninggalkan dunia yang fana ini, segala kenangan yang ditinggalkan Allahyarham masih segar dalam memori keluarga dan peminat buat selamanya.

Sumber: Twitter @nrainsyhada



Sumber: 10 tahun tanpa bapa, anak Din Beramboi tetap ucap ‘selamat hari lahir’

Post a Comment

0 Comments