loading...

Berlakon jadi pengemis, As’ad Mowtah tersungkur ditolak orang awam?

Penyanyi muda dan juga selebriti media sosial, A’sad Mowtah mungkin sudah tidak asing lagi dalam kalangan remaja.

Pernah mengeluarkan single lagu berjudul Senyum, pemuda berusia 19 tahun ini telah memuat naik satu video di Instagramnya seolah-olah ditolak oleh sekumpulan remaja hingga tersungkur selepas berpura-pura menjadi seorang pengemis.

Video tersebut merupakan rakaman social experiment yang dilakukan di tengah bandaraya Kuala Lumpur bagi melihat sendiri bagaimana penerimaan masyarakat terhadap mereka yang digelar pengemis.

Hal tersebut telah di muat naik As’ad di saluran YouTubenya dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Dalam rakaman tersebut, dapat lihat penyanyi remaja itu berpakaian kotor dengan bertongkat meminta simpati daripada orang awam.

Selain itu, dia juga meminta rakan-rakannya menolak jatuh dirinya dan melihat siapa yang sudi membantu ketika dia sudah tersungkur ke tengah jalan.

Walau bagaimanapun, ramai yang kasihan melihat penyanyi pujaan mereka jatuh terduduk ditolak ketika melakukan social experiment tersebut.

Masing-masing berasa kasihan dan mengakui mendapat banyak pelajaran daripada video yang dimuat naik Asad.

Sumber: As’ad Mowtah



Sumber: Berlakon jadi pengemis, As’ad Mowtah tersungkur ditolak orang awam?

Post a Comment

0 Comments