loading...

Tiada kek mewah, isteri sambut ‘birthday’ Aeril Zafrel dengan sebiji burger je!

Setiap orang pasti gembira apabila hari ulang tahun kelahiran diingati oleh insan-insan tersayang. Tidak perlu hadiah ataupun sambutan mewah, cukup sekadar ucapan juga mampu membuatkan kita tersenyum.

Menrerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pelakon kacak Aeril Zafrel, isteri tersayang iaitu Wawa Zainal telah melakukan kejutan dengan mengucapkan selamat hari lahir buatnya dengan membawa sebiji burger.

Menurut Aeril dalam kapsyennya di Instagram, dia bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas oleh Allah SWT.

Selain itu, pemilik nama Suhairil Sunari itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana membuat kejutan hari lahir walaupun ketika itu sudah pun larut malam.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, posting berkenaan telah dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir buatnya yang sudah memasuki usia 32 tahun pada hari ini.

Mereka juga memuji pasangan ini yang sentiasa terlihat bahagia dan sweet. Semoga hubungan perkahwinan mereka terus berkekalan hingga ke syurga. Happy birthday Aeril Zafrel!

Sumber: Aeril Zafrel



Sumber: Tiada kek mewah, isteri sambut ‘birthday’ Aeril Zafrel dengan sebiji burger je!

Post a Comment

0 Comments