loading...

Sambal Khairul Aming laku keras, wujud ‘scammer’ kaut untung tipu pelanggan

Jika pengguna Instagram mengikuti perkembangan selebriti media sosial, Khairul Aming pasti mengetahui jualan Sambal Nyet Berapi keluarannya sold out dalam masa 54 minit sahaja.

Jadi, dia dan teamnya telah menambah stok sambal tersebut yang di jual di platform Shopee atas permintaan tinggi daripada pelanggan.

Walau bagaimanapun, menerusi Twitter dan Instagram Khairul Aming sebentar tadi, dia seakan kesal apabila wujud beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan diatas jualannya dengan mendakwa menjadi agent sambal tersebut dan menipu duit pelanggan.

Dalam perkongsian tersebut, Khairul Aming memaklumkan dia tidak pernah melantik mana-mana agent ataupun stokis dalam membekalkan sambal keluarannya. Semua urusan dibuat menerusi platform Shoppee dan pastinya individu tersebut cuba untuk menipu pelanggan.

Dia juga turut menyertakan beberapa tangkapan skrin perbualan dengan scammer tersebut yang nyata menipu untuk mengaut keuntungan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan scammer wanita itu yang dilihat mengambil kesempatan diatas permintaan tinggi Sambal Nyet Berapi.

Sumber: Khairul Aming



Sumber: Sambal Khairul Aming laku keras, wujud ‘scammer’ kaut untung tipu pelanggan

Post a Comment

0 Comments