loading...

Dikompaun RM50 ribu, Caprice nak buka tabung bantuan buat peniaga burger

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan berita penjual burger dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 biarpun hanya berniaga di hadapan rumahnya.

Perkara tersebut diluahkan oleh seorang peniaga bernama Wan Mohd Faisal menerusi satu perkongsian di Facebook.

Difahamkan lagi, Faisal didatangi oleh beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Sehubungan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sehingga kini, perkongsian tersebut menjadi tular di serata laman sosial dan rata-rata netizen bersimpati terhadap peniaga tersebut.

Turut mengambil berat terhadap nasib peniaga itu, penyanyi rap terkenal Caprice bercadang melancarkan tabung bantuan bagi membantu mengurangkan beban membayar kompaun.

Caprice berkongsi hasratnya itu melalui ‘posting’ di laman Instagram miliknya @capriceofficial.

“Kalau abang ni sudi, kami nak tolong buat tabung untuk dia. Kan kerajaan ada hastag ‘kita jaga kita’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, menerusi ‘posting’ lain Caprice telah menghubungi Faisal dan menyatakan perkembangan misi bantuan tersebut di mana pihaknya sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada peniaga tersebut.

“Kita dapat contact abe Faisal, kalau abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund untuk bantu settle kompaun RM50K yang dia kena bayar sebelum 5 Mei,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut memuji dan kagum terhadap usaha murni yang dilakukan oleh Caprice.

Dalam pada itu, ada segelintir meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Terdahulu, memetik laporan media, Ketua Polis Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud telah mengesahkan kompaun berkenaan.

Menurutnya, berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, jumlah kompaun dikenakan adalah sebanyak RM 50,000 iaitu jumlah maksimum.

Sumber: Instagram Caprice



Sumber: Dikompaun RM50 ribu, Caprice nak buka tabung bantuan buat peniaga burger

Post a Comment

0 Comments