Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau Maryam yang kini sedang hamil enam bulan mendedahkan dirinya bakal menimang cahaya mata perempuan.
Berita gembira itu dikongsi menerusi sebuah video di saluran YouTube dan juga laman Instagram dia dan suaminya Ryzal Ibrahim iaitu Duriankimchi selain menunjukkan foto imbasan bayi dalam kandungan.
Menerusi video berkenaan, wanita berusia 29 tahun itu baru pulang daripada melakukan pemeriksaan doktor dan meluahkan rasa syukur apabila bayi dalam kandungan tidak mempunyai sebarang masalah.
“Doktor sudah periksa semua bahagian bayi dan semuanya sihat. Kaki juga panjang, bagus tak pendek. Alhamdulillah,” katanya dalam nada bergurau.
Meninjau ke ruangan komen, peminat dan pengikut pasangan tersebut tumpang gembira dan menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Bulan lalu, Maryam yang juga warga Korea Selatan ‘berperang’ dengan emosi apabila terpalit dengan kontroversi dilakukan suaminya yang mempersendakan pakaian tradisi kaum Iban.
Segelintir netizen yang terlalu marah bertindak mencaci hamun bayi dalam kandungan sehingga wanita itu terpaksa merehatkan diri daripada media sosial buat seketika.
Sumber: Instagram Duriankimchi , YouTube Duriankimchi TV
Sumber: “Alhamdulillah, semua sihat..” – Maryam Duriankimchi dedah jantina bayi
0 Comments