loading...

“Tak faham, lockdown ni kes masih tak turun. Salah siapa?” – Elizabeth Tan

Beberapa hari lagi, genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan selepas bermula sejak 1 Jun lalu.

Meskipun pergerakan rakyat disekat, kes positif harian dilihat tetap mencatatkan empat angka sehingga ramai meluahkan perasaan di media sosial.

Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy yang mempersoalkan keberkesanan ‘lockdown’ di negara ini.

Menerusi posting di Instagram, penyanyi berusia 28 tahun itu juga bimbang makin ramai individu akan terjejas terutama dari segi pendapatan jika ‘lockdown’ berlanjutan yang belum menemui jalan penghujungnya.

“Lizzy tak faham, kenapa dah lockdown pun kes masih tak turun. Ini salah siapa? Salah kerajaan? salah rakyat?
“dan Lizzy marah sebab selagi “lockdown” ini tak habis, makin ramai hidup orang terjejas. Jadi macam mana, ini semua salah siapa?” soal penyanyi lagu Semua Sudah itu.

Jarang berkongsi rasa kecewa, posting tersebut menerima pelbagai reaksi peminat dan pengikutnya yang menulis berdasarkan pendapat masing-masing.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, sebanyak 6,437 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Sumber: Instagram Elizabeth Tan



Sumber: “Tak faham, lockdown ni kes masih tak turun. Salah siapa?” – Elizabeth Tan

Post a Comment

0 Comments