loading...

Tular video Aliff Aziz tak berpakaian, Bella Astillah pertahan suami – “Itu video lama”

Baru-baru ini, kecoh di serata media sosial apabila 1 rakaman video ‘mengaibkan’  memaparkan seorang lelaki tidak berpakaian yang didakwa mirip penyanyi terkenal Aliff Aziz menjadi tular.

Bagi menjernihkan kontroversi tersebut, isteri kepada penyanyi berusia 30 tahun itu, pelakon Bella Astillah tampil memberi penjelasan bahawa video berkenaan sudah lama.

Memetik temubual bersama mStar, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui tidak mahu mengambil tahu kisah silam suaminya.

“Itu video dah lama sangat tapi apa-apa pun yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu, hati dia mungkin buta,” jelasnya kepada mStar.

Pelantun lagu Tenang itu turut berasa kecewa kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan maruah suaminya lebih-lebih lagi setelah melihat suaminya berubah ke arah kebaikan.

“Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia.
“Mungkin tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff. Wallahualam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bella yang berusia 27 tahun menegaskan tidak akan berhenti menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk suaminya itu.

Terdahulu, video tidak senonoh berdurasi lebih 2 minit berkenaan telah dikongsi oleh seorang netizen di laman sosial Twitter. Sejak itu, ramai yang mengecam serta menyindir tindakan penyanyi terbabit.

Sumber: mStar (Nur Asyikin Mayudin)



Sumber: Tular video Aliff Aziz tak berpakaian, Bella Astillah pertahan suami – “Itu video lama”

Post a Comment

0 Comments