loading...

“Aku mimpi masjid dipenuhi ular” – Zul Yahya ‘sentap’ masjid jadi pusat vaksin

Bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. kerajaan Kelantan membuka PPV sementara di masjid.

Bagaimanapun, ramai pihak mempertikaikan keputusan tersebut termasuklah bekas pelakon Zul Yahya yang lantang menyuarakan bantahan terhadap perkara itu.

Luahan hatinya itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.

“Allah hu Akbar . astafirrullah al azim. aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular… wallahi demi Allah aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang2 mungkin aku tak jaga adab tidur tapi mungkin ada maksud disebaliknya,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Zulkifli Yahya terbabit turut bercerita tentang mimpinya yang mana dia melihat masjid dipenuhi ular.

Manakala dalam perkongsian lain, lelaki berusia 48 tahun itu menyeru para pemerintah mengembalikan semula masjid kepada umat Islam dengan membenarkan solat jemaah sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

“Kembalikan rumah2 Allah swt kepada kami umat2 Islam, rumah Allah swt bukan milik pemerintah, ianya milik yang Maha Memerintah,” tegasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong kenyataan Zul dan menyifatkan keputusan itu sebagai melampau. Bagi mereka, ia seakan mencemarkan masjid sebagai tempat ibadah.

Bagi menjawab segala pertikaian tersebut, Imam Besar Kelantan tampil memberi penjelasan tentang isu terbabit.

Memetik laporan Utusan, tegas Muhammad Hana Pizi Abdullah suntikan vaksin diadakan di dalam ruang masjid tidak menjadi kesalahan.

Ini kerana penerima hanya hadir sekali sahaja untuk menerima suntikan vaksin dan keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan solat lima waktu apabila jemaah hadir secara berulang.

“Rakyat perlu faham bahawa vaksin menjadi keperluan yang menjadi keutamaan bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
“Ini adalah usaha kerajaan untuk melindungi rakyat daripada terkena jangkitan Covid-19,” katanya.

Sumber: Instagram Zul Yahya, Utusan (Rohana Mohd Nawi)



Sumber: “Aku mimpi masjid dipenuhi ular” – Zul Yahya ‘sentap’ masjid jadi pusat vaksin

Post a Comment

0 Comments