loading...

Artis wanita ditahan polis Nilai, positif dadah jenis methamphetamine

Seorang selebriti wanita ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai, semalam.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menahan seorang perempuan berusia 34 tahun selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Suspek dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis. Hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Difahamkan, suspek kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: BH Online (Mohd Amin Jalil)



Sumber: Artis wanita ditahan polis Nilai, positif dadah jenis methamphetamine

Post a Comment

0 Comments