loading...

Berkat usaha 2 tahun berniaga, wanita menangis berjaya langsaikan hutang PTPTN

Bagi sesetengah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang membuat Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) pasti merasai peritnya untuk membayar segala hutang yang harus dilangsaikan secara ansuran lebih-lebih lagi jika belum mulai bekerja.

Mana tidaknya, dengan gaji sebagai fresh graduate yang tidak seberapa dan komitmen hidup yang tinggi ketika ini, pasti ramai yang mengeluh tiap bulan apabila perlu membayar ansuran PTPTN.

Namun, jika mampu untuk membayarnya secara lump sum, sudah tentu hal tersebut menjadi kepuasan yang tak terhingga oleh para lepasan IPT.

Perkara ini dirasai sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iera_akmal apabila berjaya membayar ‘selepuk’ pinjaman PTPN miliknya selepas 2 tahun menjalankan perniagaan atas talian.

@iera_akmal

unforgotten moments🤧🥺 moga dpt beri semangat untuk diri sendiri! jom🔥 #muaiera #motivation #salamjumaat2021🌹

♬ I’tiraf (Seruling) – Instrumental – Bakhtiar Baharin

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan menangis sebak apabila berjaya membayar hutang yang berjumlah RM14,000 hanya selepas 2 tahun berniaga.

Menurutnya lagi, momen berkenaan adalah antara kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang berniaga dan menjadi penguat semangat untuk dirinya sendiri.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh @iera_akmal ini, ramai yang meninggalkan komen dengan mengakui perasaan sama andai dapat menyelesaikan pembayaran hutang, tidak kiralah sama ada pinjaman belajar atau sebagainya.

Ada juga diantara mereka yang berharap agar mereka juga dapat membayar secara lump sum seperti wanita itu andai mempunyai rezeki yang banyak suatu hari nanti.

Sumber: TikTok @iera_akmal



Sumber: Berkat usaha 2 tahun berniaga, wanita menangis berjaya langsaikan hutang PTPTN

Post a Comment

0 Comments