loading...

Guna isu ‘bunuh diri’ untuk promosi produk, pemuda teruk dihentam netizen

Berita kematian melibatkan tindakan bunuh diri sejak kebelakangan ini semakin kerap kedengaran. Hampir setiap hari ada sahaja laporan berkenaan perkara tersebut yang melibatkan tekanan perasaan.

Pastinya ia membuatkan rakyat Malaysia berasa sedih berikutan semakin ramai yang bertindak diluar kewajaran ekoran masalah yang masih samar jalan penyelesaiannya.

Namun, disebalik kesedihan kita, masih ada individu yang tergamak menjadikan ‘bunuh diri’ itu sebagai salah satu cara mempromosikan produk berbentuk kesihatan.

Menerusi perkongsian seorang lelaki di Twitter, dia mendakwa bahawa tindakan menamatkan riwayat sendiri ini berpunca daripada tidak membuat detoks untuk tubuh badan sehingga membawa kepada ketidakwarasan dalam berfikir.

Dia juga turut melampirkan satu penulisan dari Facebook dengan menyarankan untuk kita semua membuat detoks kepada tubuh badan kerana pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada kecerdasan otak.

Perkongsian tersebut telah membuatkan orang ramai kurang bersetuju dan emosi dengan kenyataan yang dikeluarkan. Hal ini disebabkan tindakannya mengaitkan ‘bunuh diri’ dengan amalan detoks yang disarankan.

Warganet juga meminta lelaki itu tidak menjadikan bunuh diri sebagai satu cara untuk mempromosikan produk kerana kes-kes yang berlaku bukan tertumpu kepada masalah pemakanan semata-mata.

Berang dengan kecaman yang diterima, lelaki tersebut telah meninggalkan beberapa hantaran di laman Twitternya sebelum akaun tersebut hilang dipercayai sudah di nyahaktif.

Walau bagaimanapun, tindakannya masih lagi mendapat kecaman daripada warganet kerana ada yang sempat membuat tangkapan skrin dan memuat naiknya kembali ke media sosial.

Sumber: Twitter Azleen Ismail



Sumber: Guna isu ‘bunuh diri’ untuk promosi produk, pemuda teruk dihentam netizen

Post a Comment

0 Comments