loading...

Kacau orang tengah menyapu, buaya ‘terdiam’ kena bebel penjaga

Siapa yang tak gerun dengan haiwan reptilia yang hidup di air seperti buaya. Muka dan struktur badannya sahaja membuatkan kita seriau, apatah lagi mahu mendekat.

Bukan itu sahaja, haiwan buas itu juga bila-bila masa boleh menjadikan kita ‘santapan’ andai sengaja mengusiknya jika bertemu di pinggir sungai.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga merupakan pekerja Taman Buaya di Melaka, dia sempat menunjukan momen ketika membersihkan kawasan penempatan haiwan tersebut tanpa rasa gentar.

@bedamau

marah2 syg ARIS2😘🐊TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA

♬ bunyi asal – [email protected] besi – [email protected] besi

Dalam video tersebut, pengguna TikTok dikenali sebagai @bedamau itu dilihat ‘marah-marah manja’ kepada seekor buaya dihadapannya ketika dia sedang membersihkan daun kering di kawasan penempatan reptilia tersebut.

Menerusi video yang berlainan pula, jelas kedengaran lelaki itu mulai berleter dan memarahi buaya berkenaan kerana menggangu kerjanya.

@bedamau

sama sebok aris ni😅

♬ bunyi asal – [email protected] besi – [email protected] besi

Perkongsian yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan telah mendapat lebih daripada 3 juta tontonan hanya dalam masa satu hari selepas di posting.

Rata-rata berasa terhibur dan gerun ketika mendengar leteran lelaki berkenaan yang begitu berani berhadapan dengan buaya tersebut. Dapat juga dilihat haiwan reptilia itu seakan jinak dan sudah mengenali @bedamau tanpa menyerangnya.

Sumber: TikTok @bedamau



Sumber: Kacau orang tengah menyapu, buaya ‘terdiam’ kena bebel penjaga

Post a Comment

0 Comments