loading...

Kekasih berlakon jadi perempuan, Janna Nick ‘frust’ dengan Dini Schatzmann?

Baru-baru ini, kekasih kepada pelakon Janna Nick iaitu Dini Schatzmann memuat naik beberapa video memperlihatkan dirinya berpenampilan seperti seorang wanita di Instagram.

Biarpun video itu bertujuan untuk mempromosikan produk kecantikan, namun ada segelintir yang bimbang akan keadaan pemilik nama Dini Azan Schatzmann terbabit ketika musim PKP ini.

Malah bukan setakat netizen sahaja, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner juga dilihat seakan kurang menyokong tindakan teman lelakinya itu di ruangan komen.

Dalam pada itu, bintang drama Melastik Ke Hatimu berkenaan turut memuat naik beberapa IG Story yang meluahkan rasa kesal terhadap seseorang. Adakah ia ditujukan kepada Dini atau orang lain?

Namun tidak lama selepas itu, dia berkongsi video kekasih hatinya beserta kapsyen “Malulah macam ni”.

Menjengah ke ruangan komen di video Dini, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan ‘baru’ jejaka berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu.

Bagaimanapun, sebelum ini Janna pernah memberi sokongan terhadap Dini pada salah satu perkongsian video yang memaparkan lelaki berusia 27 tahun berkenaan menggayakan rambut palsu seperti perempuan.

Apa yang berlaku sebenarnya ni? Adakah ia hanya gimik dan lakonan demi marketing semata-mata atau sebaliknya? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Sumber: Instagram Dini, Instagram Janna Nick



Sumber: Kekasih berlakon jadi perempuan, Janna Nick ‘frust’ dengan Dini Schatzmann?

Post a Comment

0 Comments