loading...

Larang kibar bendera putih sebab tanda kalah? Pemimpin PAS dikecam warganet

Kenyataan seorang pemimpin Pas yang menyifatkan tindakan mengibarkan bendera putih seperti orang kalah dalam peperangan telah mengundang kecaman warganet di media sosial.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata, terdapat pelbagai cara lain bagi mendapatkan bantuan berbanding kempen mengibar bendera berkenaan.

“Jangan angkat bendera putih kerana tindakan ini seperti orang kalah perang, sedangkan kita masih ada kekuatan…”
…”kibarkan panji Islam dengan kibaran syiarnya Islam sebagai agama yang saling membantu,” katanya dalam satu posting di laman Facebook.

Seolah-olah tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, netizen memenuhi ruangan komen laporan itu dengan meluahkan pendapat masing-masing.

Menurut mereka, ia bukan soal ‘menyerah kalah’ sebaliknya kempen itu adalah satu usaha dan kepekaan masyarakat sekeliling dalam membantu individu yang kurang kemampuan.

Tambah netizen, pemimpin sepatutnya perlu lebih bersikap terbuka bagi menerima cadangan rakyat selain soal falsafah warna bendera tidak perlu menjadi isu pada situasi terdesak ketika ini.

Terdahulu, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berkata, tindakan menaikan bendera putih boleh menyebabkan ada individu yang mengambil kesempatan selain perlu memelihara aib dan maruah diri seseorang.

Tambah beliau, semua pihak seperti Ahli Parlimen, ADUN, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu membuka bilik operasi bantuan untuk mereka yang terputus bekalan makanan.

Sumber: Sinar Harian (Norawazni Yusof) , Facebook Sinar Harian & Rosli Abdul Jabar Official



Sumber: Larang kibar bendera putih sebab tanda kalah? Pemimpin PAS dikecam warganet

Post a Comment

0 Comments