loading...

“Sifat aku wanita, aku faham perasaan isteri kalau tahu suami curang.” -Sajat

Khabarnya semalam, usahawan kosmetik yang sedang menghilangkan diri, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat sakan mengamuk di ruangan IG story miliknya setelah ada sesetengah suami orang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

Dia juga sempat berpesan supaya para isteri agar sentiasa membuat pemeriksaan terhadap telefon bimbit suami masing-masing supaya tidak sesuka hati menggatal dengan orang lain.

Kali ini, Sajat sekali lagi meluahkan rasa bengangnya dengan menyelar semula kaum isteri yang tidak sudah-sudah menyalahkan dirinya walaupun terang-terang suami mereka yang menghantar gambar tidak senonoh tersebut.

Menurut Sajat, dia mendedahkan hal ini bukan untuk mempermalukan mana-mana pihak, cuma mahu memberikan kesedaran dan mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

Mana tidaknya, gambar serta video yang dihantar pastinya menggambarkan pemikiran mereka saat itu yang tentu sekali boleh  memberi kesan tidak baik kepada orang terdekat atau ahli keluarga.

Tambah Sajat lagi, dia boleh saja memuat naik kembali apa yang dihantar oleh golongan suami-suami dahagakan perhatian itu. Namun usahawan tersebut enggan berbuat demikian.

Tambah pengasas produk bengkung yang semakin mengaku bahawa dirinya seorang lelaki itu turut mengakui yang dia amat faham perasaan wanita andai tahu suami sendiri berlaku curang.

Jadi dia memberi amaran kepada para ‘jantan’ yang sama sekali tidak mempunyai rasa malu menghantar video sedang melakukan perbuatan tidak senonoh supaya menghentikan tindakan kurang bijak itu.

Walau bagaimanapun, Sajat tidaklah menuduh semua lelaki sama. Dia cuma berpesan dan meninggalkan nasihat kerana memang ada lelaki yang jenis mencari ‘kepuasan’ diluar sedangkan sudah mempunyai isteri di rumah.

Oleh itu, Muhammad Sajjad meningatkan para isteri supaya mengambil langkah seterusnya andai mengetahui suami mereka berperangai jijik bagi mengelakkan tidak menanggung derita di kemudian hari kerana bersuamikan lelaki berotak kotor seperti itu.

Terdahulu, Sajat meluahkan rasa tidak selesanya apabila kerap menerima gambar dan video lucah dari lelaki-lelaki tidak dikenali di media sosial.

Apabila dilihat menerusi profil mereka, kebanyakkan adaah suami orang dan sudahpun mempunyai anak.

Sumber: Instagram @nour_fashionnova



Sumber: “Sifat aku wanita, aku faham perasaan isteri kalau tahu suami curang.” -Sajat

Post a Comment

0 Comments