loading...

Video remaja perempuan bergaduh tular, ‘rembat’ member sebab rebut abang angkat?

Masalah dalam kalangan remaja ketika ini biasanya mudah tersebar menerusi media sosial. Pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh mereka menjadi bahan bualan netizen kerana dirakam dan dimuat naik ke media sosial untuk meraih viewers.

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter milik seorang pengguna dikenali sebagai @4shrf, dia telah memuat naik rakaman video sekumpulan remaja perempuan bergaduh di satu kawasan perumahan.

Menurut @4shrf, remaja tersebut juga turut membuat live di media sosial masing-masing ketika ‘proses’ membantai seorang remaja lain dilakukan.

Hal tersebut menjadi tular apabila ada yang meninggalkan komen dan membuat rakaman skrin di telefon bimbit masing-masing.

Difahamkan, mangsa yang dibelasah telah membuat laporan polis dan pengguna Twitter itu juga telah menyertakan sekali salinan tersebut.

Menerusi ‘report’ polis berkenaan, kes pergaduhan didakwa atas alasan berebut abang angkat.

Dalam thread yang dibuat di Twitter itu juga, didapati mangsa mengalami sedikit kecederaan dan telah dibawa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Selepas video tersebut tular, seorang remaja yang dipercayai menjadi ‘ketua’ dalam membantai remaja lain itu telah tampil menjelaskan keadaan.

Menurutnya, kejadian tersebut berpunca daripada fitnah-menfitnah dan bukan sebab ‘jantan’ seperti yang didakwa. Namun begitu dia mengaku memukul remaja itu kerana berasa marah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter @4shrf dengan pelbagai maklum balas.

Ramai yang mengecam tindakan gadis berbaju kuning itu yang berlagak seperti taiko dengan memukul rakan sebaya sesuka hati dan menasihati mereka semua supaya tidak melakukan hal-hal kurang bijak itu lagi di kemudian hari.

Sumber: Twitter @4shrf



Sumber: Video remaja perempuan bergaduh tular, ‘rembat’ member sebab rebut abang angkat?

Post a Comment

0 Comments