loading...

“Rindu! 10 tahun tak jumpa…” – Catriona Ross terkejut jumpa Waheeda di Konsert GGV2

Setelah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan, Waheeda tiba-tiba membuat kemunculan di khalayak ramai pada konsert pertama Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Kemunculan tersebut sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan hati peminat yang mencipta nama menerusi lagu Wassini yang sangat popular suatu ketika dahulu.

Pelakon Catriona Ross, turut berkongsi detik-detik pertemuan bersama isteri kepada pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy itu di laman Instagram miliknya setelah terputus hubungan sejak 10 tahun lalu.

“Saya sampai di GGV dan duduk di tempat yang disediakan. Beberapa minit selepas itu,  saya terdengar suara yang sangat ‘familiar’. Bila tengok rupa-rupanya suara itu milik Wahida Wassini. Rindu. Sudah lebih 10 tahun kita tidak berjumpa.”

Waheeda atau Norwahidah binti Abdul Wahab mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin dengan suaminya pada sembilan tahun lalu.

Sumber : Catriona Ross , gothicniqabiah



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments