loading...

Semalam menurun, hari ini kes baru Covid-19 meningkat 847

Angka bagi kes baru Covid-19 di Malaysia mencatat peningkatan hari ini dengan 847 kes berbanding semalam yang merekodkan sebanyak 732 kes.

Menerusi sidang media perkembangan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 23,804 kes.

Dalam kenyataannya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 8,183 kes dan mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 847 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor.

“Semuanya membabitkan bukan warganegara iaitu dari India (empat kes) dan satu kes dari Amerika Syarikat..”

Katanya, hari ini juga mencatat lima kes angka korba Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia mencecah sebanyak 204 kes.

“Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan…”

“Pada hari ini, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes (68.2 peratus). Manakala negeri di Lembah Klang pula mencatatkan pertambahan sebanyak 164 kes…”

Dukacita dimaklumkan, terdapat lima pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia mencecah sebanyak 204 kes.

Sumber : KKM & Harian Metro (Mahaizura Abd Malik dan Nurul Hidayah Bahaudin)



Sumber: Semalam menurun, hari ini kes baru Covid-19 meningkat 847

Post a Comment

0 Comments