loading...

“Ada ke lelaki akan terima aku…” – Muka melecur terlibat kebakaran, gadis pilu fikir soal jodoh

Tiada siapa di dunia ini meminta untuk menjadi cacat seumur hidup, namun dugaan dan ujian Tuhan datang tanpa kita sendiri dapat menduga.

Begitulah yang berlaku kepada seorang gadis, yang mengalami kecacatan kekal di muka selepas dia terlibat dalam satu tragedi yang telah mengubah hidupnya serta merta.

Menerusi perkongsian di Twitter gadis itu, dikenali sebagai Izyan Khalida, telah bercerita panjang lebar mengenai tragedi hitam yang berlaku ke atas dirinya. Mari kita ikuti tweet ini..

Sejarah hitam dalam hidup Izyan berlaku apabila dia terlibat dalam satu kebakaran ketika umurnya baru berusia 3 tahun, dirinya yang normal bertukar cacat selepas kulit badan mendapat lecur yang teruk.

Apabila usia meningkat remaja, Izyan mula terfikir akan masa depannya, dengan wajah yang dimiliki sekarang, adakah lelaki yang sanggup menerimanya sebagai isteri.

Begitulah serba sedikit kisah Izyan, kalau kita ditempatnya mungkin kita belum tentu mampu menjadi setabahnya. Semoga Izyan mempunyai masa depan yang cerah dan dikurniakan jodoh yang menerima segala kekurangan dirinya.

Sumber : Izyan Khalida



Sumber: “Ada ke lelaki akan terima aku…” – Muka melecur terlibat kebakaran, gadis pilu fikir soal jodoh

Post a Comment

0 Comments