loading...

Muntah darah serta jarum karat, bapa adik Fattah Anas terkena sihir?

Sebelum ini tular di media sosial seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Fattah Anas beraksi comel bersama bapanya sehingga mendapat perhatian media dan diundang ke program-program televisyen.

Menggunakan nama Fattahanas_boyyeah di Instagram, pesonaliti media sosial kanak-kanak itu berjaya meraih lebih daripada sejuta pengikut sejak video terperangkap didalam sangkar kucing tular.

Namun begitu, sejak semalam, bapanya yang dikenali sebagai Mohamad Firdaus, 27 memuat naik satu positng mengejutkan memaklumkan dirinya dipercayai disihir apabila mengalami muntah darah beserta jarum karat.

Walaupun posting itu telah dipadam oleh Mohamad Firdaus, namun ada warganet yang sempat menangkap paparan skrin gambar-gambar tersebut dan memuat naiknya kembali di Twitter.

Instagram Fattahanas_boyyeah juga telah diletakkan dalam mood private.

Selain itu, kanak-kanak tersebut turut menceritakan yang dia bermimpi seakan bapanya sudah tidak menyayanginya lagi apabila mendakwa dia bermain bersama  dua orang kanak-kanak dan bapanya hanya melayan ‘rakan-rakannya’ sahaja tanpa mengendahkan dirinya.

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menzahirkan rasa kasihan melihat keluarga ini yang diduga dengan perkara-perkara dengki daripada individu yang tidak bertanggungjawab.

Melalui media sosial, ramai yang berasa terkilan kerana masih ada lagi insan yang mempercayai perkara syirik ini sehingga sanggup menganiya orang lain.

Mereka berharap agar keluarga kanak-kanak itu sabar menghadapi dugaan terutama bapanya yang terpaksa mengharungi kesakitan disebabkan sikap dengki orang lain.

Sumber: pkckAm



Sumber: Muntah darah serta jarum karat, bapa adik Fattah Anas terkena sihir?

Post a Comment

0 Comments