loading...

Sebab rindu sangat, budak hilang ditemui ada di rumah bapa kandung

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dikenali sebagai Hay Yi Jack dilaporkan hilang selama tiga hari akhirnya telah berjaya dikesan oleh pihak polis.

Menerusi laporan Berita Harian, kanak-kanak itu sebenarnya selama ini berada di rumah bapa kandungnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail, kanak-kanak itu yang sebelum ini dijaga oleh datuknya yang tinggal di PPR Air Panas, telah pergi ke rumah ayahnya tanpa pengetahuan datuk.

Sebenarnya, tindakan Yi Jack berbuat demikian adalah disebabkan dia terlalu merindui bapanya yang sudah lama tidak ditemui, membuatkan dia tegar keluar mencari ayahnya.

Selepas berbincang, pihak ayah dan datuk Yi Jack bersetuju untuk bersepakat menjaga kanak-kanak itu bersama-sama, agar hal yang sebegini tidak berulang lagi.

Ucapan syabas diucapkan kepada orang awam yang berjaya membantu pihak polis mengesan lokasi Yi Jack dengan memberi maklumat yang tepat.

Sumber : Berita Harian



Sumber: Sebab rindu sangat, budak hilang ditemui ada di rumah bapa kandung

Post a Comment

0 Comments