loading...

Dikata mirip pondan tua, kek ulang tahun Ruhainies jadi bahan jenaka netizen

Baru-baru ini pelakon jelita Ruhainies, telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 dalam satu majlis yang dihadiri beberapa orang kenalan rapat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon tersebut sempat berkongsi suasana di sekitar majlis hari jadinya yang disertakan dengan sebuah kek.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah, kek tersebut yang sepatutnya menyerupai Ruhainies dilihat kelihatan agak melucukan dan mengundang tawa.

Sehinggakan, kek Ruhainies mula tular di Twitter dan menjadi bahan jenaka para warganet, kerana kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut panjang mengurai itu disifatkan serba-serbi tak kena.

Bila tengok-tengok lama kek ini nampak seram pula dengan rambut panjang mengurai dan mata terbeliak, patut la jadi bahan jenaka netizen.

Sumber : Ruhainies & Twitter



Sumber: Dikata mirip pondan tua, kek ulang tahun Ruhainies jadi bahan jenaka netizen

Post a Comment

0 Comments