Menjadi rutin kebiasaan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memaklumkan beberapa perkara penting pada sidang media berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Malah penampilan Naib Presiden UMNO itu sentiasa diteliti rakyat, termasuk pelbagai corak dan warna baju yang digayakan sebelum ini.
Terbaru, beliau kelihatan memakai tanda nama tulisan Jawi ketika sidang media dua hari lalu sehingga mendapat perhatian seorang pengguna di laman Twitter.
“DS @IsmailSabri60, saja nak bagitau, tag nama DS memang cantik. Boleh share kat mana DS tempah?,” tulis pemuda dikenali sebagai Ashraf.
Rata-rata warganet menyifatkan ia adalah usaha yang baik bagi memartabatkan tulisan jawi selain memuji kecantikan tanda nama tersebut.
PARLIMEN MALAYSIA, 25 OGOS 2020.FOTO SEKITAR SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI…
Posted by Jabatan Perdana Menteri on Tuesday, August 25, 2020
Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah melakukan perkara sama dengan memuat naik sekeping gambar sehingga mendapat pujian ramai.
Sumber : Twitter , Jabatan Perdana Menteri
Sumber: “Cantik nametag..” – Ismail Sabri dipuji pakai tanda nama Jawi
0 Comments