loading...

Syabas! Lt Lohappriya jadi Wanita India Malaysia pertama bergelar ‘pilot’ TUDM

Wanita masa kini bukan lagi pilihan kedua dalam mengisi apa-apa jawatan penting kerana mereka sudah mampu berdiri sama baris dengan keupayaan lelaki.

Jadi, pekerjaan mengendali pesawat bukan lagi tugas hakiki lelaki kerana pada masa sekarang, wanita bergelar juruterbang bukanlah sesuatu yang janggal.

Hal ini samalah seperti kisah inspirasi yang diperoleh daripada laman Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila seorang lagi anggota TUDM wanita berpangkat Leftenan telah berjaya menjadi Juruterbang TUDM.

Lebih membanggakan adalah Lt Lohappriya Manisegaran adalah wanita berbangsa India pertama bergelar juruterbang TUDM. Perkara tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Parthiban Al Muniandy dengan ucapan tahniah.

Lt Lohappriya Manisegaran telah menerima Sayap Penerbangan tersebut pada Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18 yang berlangsung di  Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.

Upacara itu juga telah dimuat naik ke Facebook rasmi TUDM dengan menyertakan sekali penerangan berkenaan penyampaian sayap tersebut beserta gambar-gambar semasa majlis itu yang diadakan dalam norma baharu.

Sehubungan dengan perkongsian sumber, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah kepada juruterbang wanita berbangsa India pertama negara yang memberikan inspirasi kepada semua wanita diluar sana.

Mereka juga mendoakan agar Lt Lohappriya Manisegaran terus maju jaya dalam kerjaya yang dipilih olehnya ini. Syabas!

Sumber: Parthiban Al Muniandy, TUDM



Sumber: Syabas! Lt Lohappriya jadi Wanita India Malaysia pertama bergelar ‘pilot’ TUDM

Post a Comment

0 Comments